Ini Juadah Hari Raya Yang Wajib Ada Di Malaysia yang perlu ada. Kalau tak ada seperi tak boleh raya! Hari Raya merupakan perayaan yang utama disambut majoriti penduduk di Malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Walaupun begitu, tak sedikit juga sahabat handai dari kaum India dan Cina yang ikut bersama merayakan perayaan ini dengan mencuba untuk berpuasa seperti mana umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.
Itu lah unik dan indahnya kehidupan beragam bangsa dan agama di Malaysia yang tercinta. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda tentang juadah-juadah yang hampir wajib ada di Hari Raya Aidilfitri 2025 yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Baca juga : Lima Lagu Hari Raya Yang Evergreen
Ketupat
Tidak dapat dinafikan lagi, ketupat ini simbol Hari Raya Aidilfitri di kebanyakkan negeri yang berbudaya Melayu. Hampir di seluruh negeri di Malaysia meraikan Hari Raya dengan juadah khas seperti ketupat nasi, ketupat palas dan banyak lagi yang sama waktu dengan nya.
Ketupat biasanya dimakan bersama rendang dan serunding. Sama ada serunding ayam mahupun serunding daging. Terpulang lah kepada empunya tekak masing-masing jika makan bersama rendang ayam atau daging itu lebih mengasyikkan!
Lemang
Selain ketupat sebagai simbol Hari Raya Aidilfitri di Malaysia, Singapura dan Brunei (Dan sebahagian kecil daerah di Indonesia yang berketurunan Melayu) lemang juga menjadi juadah ikonik menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Tanpa lemang, Hari Raya Aidilfitri seperti tiada bezanya dengan hari-hari biasa yang lain. Lemang dimakan bersama rendang ayam mahupun daging. Di sesetangah daerah di Malaysia, mereka gemar mencicipi lemang ini bersama kuah kacang dan serunding. Ada juga yang suka makan bersama susu pekat manis. Nampak aneh bukan? Terpulang lah empunya tekak masing-masing, asalkan bahagia dengan pilihannya sudah lah.
ย
Sate Ayam/Daging/Kambing
Sate sebenarnya tidak lah menjadi ikonik pada perayaan tertentu kerana kita di Malaysia khususnya boleh sahaja membeli sate ayam mahupun daging pada setiap hari nya tanpa menunggu Hari Raya Aidilfitri. Pun begitu, Juadah sate ini sudah menjadi pelengkap kepada juadah yang sebelumnya telah kita kongsikan di dalam artikel ini.
Sate di Malaysia mempunyai beberapa versi yang popular dalam kalangan etnik Melayu itu sendiri. Kebiasaan di Malaysia akan menghidangkan sate ayam mahupun daging yang biasa selalu didapati di pasar malam dan open air foodcourt di Malaysia. Namun ada di sesetangan daerah di Malaysia akan menghidangkan sate minang! Unik sate ini pada cara pembuatan kuahnya dan tekstur sate yang sedikit keras, dan rasa yang agak โlightโ dari variasi sate biasa yang dijual di Malaysia.
Rendang Ayam/Daging/Kambing
Rendang juga juadah yang seakan wajib ada setiap Hari Raya Aidilfitri menjelma. Rendang biasanya dimakan bersama ketupat dan lemang dimana telah kami jelaskan di perenggan awal dalam artikel ini.
Dodol
Juadah terakhir pilihan admin Pencari Info, adalah dodol. Juadah klasik ini mugkin semakin pudar dan jarang kelihatan di zaman ini namun bagi generasi lama, makanan seperti wajik dan dodol ini lah menjadi juadah utama mereka apabila Hari Raya menjelang tiba.ย Siapa lagi nak menjaga warisan juadah istimewa sejak berzaman lagi ini kalau bukan orang Melayu sendiri bukan?
Dek keranya proses pembuatan dodol ini sangat rumit, barangkali ia menjadi penyumbang kenapa generasi sekarang sudah tidak lagi berminat untuk mempelajari cara memasak apatah lagi untuk bergotong royong satu keluarga di malam Hari Raya Aidilfitri seperti yang datuk nenek moyang kita lakukan di zama dahulu.
Kesimpulan
Menyambut Hari Kemenangan bagi orang yang berpuasa di bulan Ramadhan ini adalah wajib dan kita harus bergembira dengan ketibaan perayaan yang besar ini. Bukan sahaja mengeratkan silaturrahim sesama saudara dan insan bahkan mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Kemeriahan Hari Raya hendaklah diraikan, jangan pula muram bermasam muka dek kerana penat melayan tetamu. Pucuk pangkalnya pada diri kita, mahu meraikan nya dengan sederhana mahupun sebaliknya.
Jika anda suka akan artikel Juadah Hari Raya Yang Wajib Ada Di Malaysia,ย Jom sertaiย Channel WhatsApp Pencari Info!ย Klik link di atas dan dapatkan info terkini paling best di planet bumi.
Dodol jarang jumpa di tempat saya kerana makanan bukan berasal dari Sarawak